Akta Perlindungan Data Peribadi
   
 

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai “APDP”) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial adalah terpakai terhadap Albar & Partners, sebuah perkongsian dengan alamat perniagaan di 6th Floor, Faber Imperial Court, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia (selepas ini disebut sebagai “AP”, “kami”, atau “kita”). Untuk tujuan notis bertulis ini, terma-terma “Data Peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud seperti yang ditakrif dalam APDP.

   
  1) Notis: Notis bertulis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa Data Peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak Albar & Partners.
   
  2) Sumber & Maksud Maklumat Peribadi: Data Peribadi anda terdiri daripada data yang diperolehi daripada maklumat yang telah diberikan oleh anda kepada kami, sama ada melalui e-mel dan sebarang komunikasi di antara anda dengan pihak kami. Data Peribadi yang diproses oleh pihak kami termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor paspot, nombor hubungan, alamat, alamat e-mel, jawatan, nama syarikat, butiran kewangan dan akaun bank, butiran gaji dan nombor cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan segala maklumat lain berkaitan dengan suami/ isteri atau ahli keluarga anda.
   
  3) Tujuan: Kami sedang memproses Data Peribadi anda, termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin diberi oleh anda kemudiannya untuk tujuan menyediakan kepada anda (atau majikan anda) perkhidmatan perundangan dan/ atau perkhidmatan setiausaha syarikat kami dan sebarang perkara yang berkaitan dengannya. Kami juga mungkin mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain, seperti:-
   
  a) Menghantar kepada anda bahan bacaan seperti berita undang-undang terkini dan juga sebarang artikel-artikel;
  b) Memberi maklumat berkenaan dengan acara-acara ataupun seminar yang mungkin anda berminat untuk menyertai;
  c) Untuk dihantar sebagai “referee” kepada:
  (i) Editor/ penyelidik di dalam penerbitan undang-undang dan jurnal;
  (ii) Anakguam lain yang mungkin bertanya bekenaan projek kerja terdahulu kami dalam Permintaan untuk Proposal ataupun Tender.
   
  4) Kebenaran, Hak Memilih & Enggan memberi Data Peribadi: Ianya tertakhluk kepada anda sendiri untuk memilih, sama ada ingin memberi atau enggan memberi Data Peribadi anda. Akan tetapi, jika anda melantik kami untuk memberikan perkhidmatan kepada anda, ataupun terus berhubung dengan Albar & Partners di seminar yang dianjurkan oleh kami, ataupun terus menggunakan laman web Albar & Partners di http://www.albar.com.my (“Laman Web”), anda dianggap telah bersetuju supaya Data Peribadi dikumpul dan diproses oleh Albar & Partners dan mana-mana pihak yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan oleh Albar & Partners.
   
  Jika anda tidak bersetuju atau ingin menarik balik kebenaran anda kepada kami untuk mengumpul dan/atau memproses Data. Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 3 di atas, sila lengkapkan borang penarikan balik yang dilampirkan bersama dengan notis ini dan mengembalikan salinan imbasan kepada kami melalui e-mel/ faks di alamat yang dinyatakan-di perenggan 5 di bawah ; atau mengembalikan borang tersebut melalui pos berdaftar kepada kami di alamat yang dinyatakan-di sini.
   
  Jika kami tidak menerima sebarang notifikasi atau pun borang penarikan balik daripada anda berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami, kami akan meneruskan pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan seperti yang dinyatakan di seksyen 3 di atas, atas dasar bahawa anda telah pun memberi izin kepada kami untuk memproses Data Peribadi anda menurut Notis kami ini.
   
  Walaubagaimana pun, sekiranya anda enggan memberikan Data Peribadi anda, Albar & Partners mungkin (i) tidak dapat berhubung dengan anda; (ii) tidak dapat memberikan perkhidmatan yang anda perlukan, dan/ atau (iii) anda tidak boleh mengakses sebahagian Laman Web kami yang memerlukan “log-in”.
   
  Untuk kemudahan anda semasa melayari Laman Web kami, beberapa ‘cookie’ telah dipasang dalam Laman Web kami. “Cookie” merupakan fail data kecil yang boleh dimuatturun (“download”) kepada cakera keras semasa anda melayari Laman Web kami. Ianya bertujuan untuk membolehkan anda melayari Laman Web dengan lebih mudah dan mengelakkan anda daripada perlunya menaip maklumat anda lebih daripada sekali. Sekiranya anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpul menerusi “cookie” dalam Laman Web kami, sila rujuk kepada panduan ‘browser’ anda untuk maklumat berkenaan cara-cara untuk menyahaktifkan (‘deactivate’) “cookie” tersebut.
   
  5) Hak untuk mengakses, mengemaskini Data Peribadi dan Aduan : Anda boleh mengakses dan memohon untuk mengemaskini dan menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda seperti berikut:
   
 
Jawatan Individu Yang Perlu Dihubungi: Rakan Kongsi PDPA
No. Telefon: 603-20785588
No. Faks: 603-20700103
Alamat e-mel: PDPA@albar.com.my
   
  Selaras dengan APDP:
  (a) Kami berhak untuk mengenakan bayaran fi yang ditetapkan untuk pemprosesan permintaan anda untuk mengakses atau membuat pembetulan; dan
  (b) Kami berhak untuk tidak mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau untuk membuat pembetulan ke atas Data Peribadi anda dan sekiranya kami enggan mematuhi permintaan tesebut, kami akan memaklumkan kepada anda tentang keengganan kami berserta alasan-alasan kami.
   
  6) Penzahiran: Data Peribadi anda mungkin dizahirkan kepada pihak lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada badan-badan pengawalseliaan dan/atau berkanun, rakan perniagaan, pihak institusi kewangan, penginsuran, auditor dan lain-lain penasihat professional, pembekal perkhidmatan IT, “data entry” dan perkhidmatan stor dan/ atau mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk tujuan di atas atau untuk sebarang tujuan lain di mana Data Peribadi anda telah dizahirkan pada masa pengumpulan atau mana-mana tujuan lain yang berkaitan secara langsung kepada mana Tujuan-Tujuan seperti di atas.
   
  7) Pemindahan keluar Maklumat Peribadi dari Malaysia: Data Peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia.
   
  8) Data Integriti: Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang anda berikan kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa Data Peribadi itu adalah terkini. Kami boleh meminta kerjasama anda untuk mendapatkan kebenaran pihak-pihak ketiga yang anda telah berikan Data Peribadi mereka kepada kami dan anda bersetuju untuk berusaha sedaya upaya untuk membuat demikian.
   
  9) Konflik/ ketidakseragaman: Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia ke atas notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunakan.
   
  10) Hak untuk Pindaan: Kami mempunyai hak untuk meminda, mengubah atau menyemaksemula Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah disemaksemula di dalam Laman Web kami. Dengan terus berhubung dengan Albar & Partners atau dengan meneruskan perkhidmatan dengan kami, anda dianggap telah bersetuju dengan sebarang pindaan, pengubahan dan semakan semula.